Belia 4B

Kampung Ayer Panas

SEJARAH KAMPUNG AYER PANAS

Posted by Hasan Dzul Friday, May 28, 2010

PENGENALAN

Menurut sejarah, nama Kampung Ayer Panas mendapat namanya melalui sebuah kawasan yang mempunyai mata air yang panas secara semula jadi
Kawasan tersebut dijumpai oleh seorang penduduk kampung iaitu Tan Kim Tian pada sekitar 1884. Beliau kemudiannya membina dan membuka kolam mata air panas pada 8 Mei 1884.
Dahulu, Kampung Ayer Panas menjadi tempat tumpuan masyarakat kampung mengadakan Pesta Mandi Safar kerana air belerang yang dihasilkan dari mata air yang panas dikatakan boleh mengubati penyakit kulit dan lumpuh.
Kawasan mata air semula jadi kemudiannya telah dimajukan sebagai sebuah pusat rekreasi dan pelancongan yang dikenali dengan nama Pusat Rekreasi dan Kolam Air Panas. Namun, pengurusan pusat rekreasi telah diambil alih dan kini ia dikenali sebagai Taman Air Panas Semula jadi Jasin.

0 comments

Post a Comment