Belia 4B

Kampung Ayer Panas

"BERGERAK"


HASRAT

MATLAMAT

KEJAYAAN

1) MELAHIRKAN KOMUNITI BELIA YANG SIHAT MINDA DAN TUBUH BADAN
2) MELAHIRKAN KOMUNITI BELIA YANG BERSIFAT KEPIMPINAN
3) MENYUBURKAN NILAI ISLAM YANG HASANAH DI KALANGAN BELIA
4) MELAHIRKAN KOMUNITI BELIA YANG BERILMU PENDIDIKAN
5) MENJANA KOMUNITI BELIA YANG MAMPU BERDIRI DI ATAS KAKI SENDIRI

MELAHIRKAN
KOMUNITI BELIA YANG SEIMBANG DARI SEGI JASMANI, EMOSI, ROHANI DAN INTELEKTUAL SERTA
MAMPU BERDIKARI


Sijil Pendaftaran Pertubuhan


Surat sokongan dari Ahli Parlimen Jasin:
Datuk Wira Hj Ahmad Bin Hamzah



No Pendaftaran : PPBM 0002-1957/09
Tarikh Pendaftaran : 26 Februari 2009
Alamat : Km 24,Bilik Gerakan Belia 4B,
Kampung Ayer Panas,
77200,Bemban,Melaka.
Blog : belia4bkampungayerpanas.blogspot.com


Gerakan Belia 4B Malaysia Cawangan Ayer Panas pada awal penubuhannya diketuai oleh sdra. Yusri b. Muharram dibantu oleh ahli belia yang lain. Kemudiannya jawatan sebagai pengerusi ini telah diambil alih oleh saudara Kairuddin B.Abdollah. Cadangan penubuhan Gerakan Belia 4B Ayer Panas ini adalah atas dorongan pemimpin belia-belia 4B yang terdahulu iaitu En. Ahmad Bin Kassim yang mahukan pembaharuan serta kemajuan di bawah kepimpinan yang baru dan berpengetahuan luas dalam bidang IT.

Penubuhan Belia 4B mendapat sokongan penduduk-penduduk Kg Ayer Panas kerana mereka melihat gerakan ini dapat menyatupadukan belia dan beliawanis serta mereka dapati gerakan ini banyak menjalankan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Sekurang-kurangnya dapat mengelakkan golongan belia ini dari terjebak dalam kegiatan yang tidak bermoral.