Belia 4B

Kampung Ayer Panas

TAMAN REKREASI AYER PANAS

Posted by Hasan Dzul Friday, May 28, 2010

Sekiranya penduduk Alor Gajah boleh berbangga dengan Kolam Ayer Panas Gadek, Kampung Ayer Panas juga tidak kurang hebatnya apabila Taman Rekreasi Air Panas Jasin atau Jasin Hot Springs Recreational Park yang terletak di dalam Kampung Ayer Panas merupakan salah satu produk pelancongan yang mampu menarik pelancong dari dalam dan luar negara.
Secara tidak langsung ia mampu menjana ekonomi Kerajaan Negeri khususnya dan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk kampung amnya. Kolam yang menyediakan air mineral semula jadi iaitu Air Mineral Suam Tinggi Sulfur Putih Beralkali atau alkaline white-sulphur warm springs menyihatkan seisi keluarga kerana khasiat air mineral boleh mencantikkan dan menyembuhkan penyakit kulit dan menghilangkan tekanan.

Pemandangan keseluruhan
Taman Rekreasi Ayer Panas












'Doktor Ikan' dikatakan mampu mengubati penyakit kulit dan kudis buta

0 comments

Post a Comment